‘Yang membesar di KL mungkin susah nak faham healing cara luar bandar ni’

‘Yang membesar di KL mungkin susah nak faham healing cara luar bandar ni’.

Kenapa ada orang bitter Kedah pilih parti apa pun. Kami yang dok sini, hangpa yang trigger.

Nak habaq mai..

Tau dak pasaipa orang Kedah macam tak kisah dengan gula2 kemajuan ala KL?

'Yang membesar di KL mungkin susah nak faham healing cara luar bandar ni'

Keliling Kedah ni banyak tempat healing.

Nak rasa seperti bunian awan, naik Gunung Jerai. Kot nak jadi mambang laut, 45 minit naik feri dah sampai Langkawi.

Ghaser2 nak makan Pulut Ayam sedap, naik ETS turun Padang Besar, pastu sambung naik train ke Hatyai. Pakai border pass je, tak payah passport. Lepas kenyang makan, balik.

Takat makan ikan bakar, sotong buncit, tak sampai RM50 satu famili 3 orang.

Sebab hidup kitorg nyaman gitu, jadi tak terasa nak ubah jadi hectic terkejar sana sini.

Sebagai orang yang pernah menetap di Bangi dan masih ada rumah disana, saya boleh kata yang Kedah ni nyaman nya lain ye.

Hidup di Bangi tu kalau bergaji 5 angka pun, boleh jadi macam tak berduit di tengah bulan. Tapi dok kat Kedah ni, 4 angka pun boleh melancong ke Kelantan cari kain sutera di tengah bulan.

Toksah pening2 pasaipa orang Kedah, Kelantan, Terengganu pilih parti yg tak sama dgn di bandar besar. Majoriti yg menetap di negeri2 ni memang pilih untuk hidup jauh dari arus kemodenan.

Boleh dikatakan, negeri2 ni adalah tempat yang sesuai untuk settle-down. Tak kejar apa dah kecuali besarkan anak2 dengan ilmu dunia dan agama yg cukup.

Pernah kawan2 saya dari KL datang SP ni, merungut takda tempat nak lepak selepas tengah malam.

Saya cakap kat depa, Kedah ni takda nightlife. Kitorg tidur awal atau lepak kat rumah dengan ahli keluarga layan makan kuaci.

Jadual hidup kami agak simple.

Pagi2 kami mangkit awal, cari peknga, nasi lemak, roti canai. Petang satgi makan cendol dan laksa. Malam boleh la nak lepak lepas Maghrib cari Char Koey Teow atau Bihun Sup Utara sambal merah.

Macam tu je life kitorg. Chillin abih. Takde sus.

Yang membesar di KL mungkin susah nak faham healing cara luar bandar ni. Tapi saya yg membesar di bandar besar pun pilih SP juga untuk bermastautin.

BACA :

‘Rupanya brand ini lebih sedap dari yang lain. Isi tak pecah walaupon tak digoreng’
‘Puluhan tahun dia guna kaki untuk buat semua hal, terima kasih beri ‘tangan’ untuk dia’
Youtuber buat kejutan beli & bayarkan ‘downpayment’ kereta untuk kekasih, tapi minta bayar sendiri selebihnya