‘Berkerja dengan Generasi Z ni sangat mencabar kawan-kawan’

‘Berkerja dengan Generasi Z ni sangat mencabar kawan-kawan’.

Baru saya tahu…. Sekarang ramai nak WFH – Work From Home.. WFA – Work From Anywhere berbanding WAO – Work At Office.

'Berkerja dengan Generasi Z ni sangat mencabar kawan-kawan'

May be an image of 6 people and people studying
.
Ni hasil lepas saya open jawatan kosong… 5 interview di office (tapi 2 je datang).

20 interview di Zoom dan Google Meet

Berkerja dengan Generasi Z ni sangat mencabar kawan-kawan…. Kalau kita tak adapt… Kita yg akan kekurangan supply dari GenZ

Mostly yg apply kerja Sijil mereka tak power mana.. Takde Muet Band 4 apatah lagi Band 5.. Takde Degree apatah lagi diploma..

Takde Pengalaman Kerja at least 3 syarikat… Ada yg ada, tapi mostly memang takde..

Tapi masa interview surprisingly…. Mereka present :

boleh achieve 100k follower tiktok dalam masa 1 Bulan

Pernah capai Live Tiktok dan shopee 100 viewer

boleh edit video guna capcut siap tunjuk hasil content yg bagi saya padu giler

Walaupun WFH / WFA Mereka demand income hingga 3k.. Takde kwsp atau socso takpe janji capai 3k

So for meet the need. Saya listkan KPI dan skop kerja utk dapat income 3k Dan mereka jawab….

“Baik saya usahakan…. kalau tak bagus Encik boleh terminate saya. Jika saya bagus dan boleh bagi The Best. Saya nak Bonus seperti:

  • Kereta Myvi
  • Ipad
  • Iphone
  • Pakej Percutian

Dengan hadiah bonus macam ni. Saya boleh hasilkan lebih baik content, lebih baik marketing dan lebih baik sales untuk company encik.

Perghhh berani betul… Seingat saya…. Dulu masa saya mohon kerja… Tak berani nak cakap macam ni dengan interviewer.

Siapa kata GenZ lemah? Korang yg x faham sebenarnya sebab mereka ni ada:

G – Gaya
E – Emosi
N – Nilai
Z

Kalau Atok kita kerja untuk SETIA dengan 1 company, Bapak kita pula kerja untuk naik pangkat (career path), Kita kerja untuk self development (ramai kerja sendiri), GenZ ni rasanya mereka kerja untuk Time Freedom (tak terikat waktu pejabat, mana-mana syarikat)

Sebab mereka dah diajar dengan kewujudan

  1. E-Hailing
  2. Food Delivery
  3. Affiliate business
  4. Influencer career

Dan sebagainya

Serius korang Bos Bos kena masuk dalam dunia GenZ. Bila dah faham… Dah boleh buat kawan.. Baru boleh kerjasama dengan mereka ni…

Bak kata Dak² sunat laser… Boss ni ada Vibe la… Boleh in… Boss 0.5 duluh… Syahdu mat. Gerak lu pape roger

BACA :

‘Bila ajak solat, kena pukul. Akak ni mengaji, kena perli. Akak ni minta maaf, kena maki’
‘Ini antara kereta yang boleh diletakkan di muzium suatu hari nanti’
[VIDEO] Lelaki cuak tengok CCTV rumah, anak patung gerak sendiri tengah malam