‘Dari senior dan kawan-kawan, saya belajar skill ‘Nasi Ayam Tanam’

‘Dari senior dan kawan-kawan, saya belajar skill ‘Nasi Ayam Tanam’.

Halimah Bachik: Nasi Ayam Tanam

1. Semasa saya bersekolah di Ipoh, selalu singgah di Restoran Halimah Bachik di Taman Cempaka, semasa on the way nak ke Masjid untuk Sembahyang Jumaat atau hari Sabtu semasa outing.

'Dari senior dan kawan-kawan, saya belajar skill 'Nasi Ayam Tanam'

2. Dari senior dan kawan-kawan, saya belajar skill “Nasi Ayam Tanam”.

Kaedahnya, letak nasi sikit, pastu letak Ayam seketul.

Kemudian, letak nasi atas Ayam itu (tanam) dan cover dengan lauk murah seperti Telur goreng dan sayur.

Seterusnya, semasa bayar, pura-pura ambil nasi lauk telur dan sayur sahaja.

3. Mula-mula, sebab tak berapa berduit. Tapi lama kelamaan, sebab nak tunjuk terer. Jadinya, kerap la juga buat “Nasi Ayam Tanam”.

Rasa bijaksana sungguh bila dapat kelentong Mak Cik di Restoran Halimah Bachik.

4. Apabila saya sudah dewasa, saya terfikir semula logik “Nasi Ayam Tanam” dan bagaimana orang di Halimah Bachik senang sangat kena tipu oleh kami, budak-budak sekolah.

5. Mereka orang dah lama berniaga. Bagaimana mereka boleh tak perasan yang ada Ayam ditanam dalam nasi?

Kami makan di kedai kot, takkan tak nampak kami makan Ayam walaupun orang ramai di kedai?

6. Kenapa Tokey kedai tak bandingkan nilai jualan harian mereka vs ketul Ayam yang habis?

7. Kesimpulan saya, keberjayaan kami semua dalam “Nasi Ayam Tanam” adalah kejayaan yang too good to be true.

But the thing is, it is true! None of us ever get caught!

8. Kemudian, terfikir…

What if sebenarnya Mak Cik di Restoran Halimah Bachik tu, tahu yang kami tanam ayam dalam nasi?

Tapi dia sengaja buat-buat tak tahu sebab dia nak sedekah bagi budak-budak makan, khasnya hari Jumaat.

May be an image of text

9. What if Mak Cik tu tengok kami ni macam anak-anak atau cucu-cucu dia yang bersekolah?

Dia sengaja jamu kami makan tapi tak nak kami tahu niat baik dia.

10. What if “kebijaksanaan” yang kami rasa kami ada tu sebenarnya adalah our ignorance terhadap budi baik orang?

11. Beberapa tahun lepas, saya came across screenshot ini di FB – pemilik “Restoran Halimah Bachik” kata dia halalkan je yang semua students makan di kedai dia, termasuk yang lagi extreme i.e. lepas makan terus blah, tak bayar satu sen pun.

12. “Baik hati” is an understatement to describe pemilik Restoran Halimah Bachik.

13. Mungkin, itu sebabnya mereka dimurahkan rezeki. Masih beroperasi hingga kini – bertahan lama.

Mereka mula berniaga sebelum saya mula belajar di Ipoh. To date, saya dah 20 tahun tamat belajar di Ipoh.

14. Hingga kini, Restoran Halimah Bachik masih beroperasi walaupun ada rebranding pada nama.

15. Hingga kini juga, kalau budak STAR yang sama generasi dengan saya balik Ipoh, makan di Restoran Halimah Bachik adalah antara aktiviti wajib dalam itinerari.

16. Adakah kerana makanan di Restoran Halimah Bachik sedap semata-mata?

Saya tidak boleh jawab bagi pihak orang lain.

Bagi saya, saya makan di Restoran Halimah Bachik kerana saya rasa terhutang budi dan berterima kasih kepada pemilik Restoran yang sangat pemurah kepada kami, semasa kami di zaman remaja.

17. Pemurah dan baik hati pemilik Restoran, dia belanja kami makan dengan cara yang kami pun tidak sedar sebenarnya dia belanja kami makan – Nasi Ayam Tanam.

BACA :

‘Sebelum berlepas memang 1 keluarga dah nampak tak puas hati dengan anak-anak saya, you nak tampar anak i dah offer 3 kali’
Ini cara lajukan semula air paip perlahan, punca ada angin dalam paip
Lelaki tikam isteri sampai mati, ‘Selepas 16 tahun kahwin rupa-rupanya 4 anak bukan darah daging saya’