‘Kami sekeluarga rela makan pucuk paku untuk jimat belanja, semoga diberi kesihatan berpanjangan’

‘Kami sekeluarga rela makan pucuk paku untuk jimat belanja, semoga diberi kesihatan berpanjangan’.

“Kami sekeluarga rela makan pucuk paku untuk jimat belanja kata ibu tunggal, Siti Mariani Rashid, 37.

Dia yang tinggal di Kampung Limau Kasturi, dekat sini, hampir setiap hari mengutip pucuk paku di kawasan paya berhampiran rumah dan tidak perlu berbelanja besar.

'Kami sekeluarga rela makan pucuk paku untuk jimat belanja, semoga diberi kesihatan berpanjangan'

Katanya, apabila memperolehi banyak kutipan pucuk paku, selebihnya dijual dengan kadar RM1 seikat dan hasilnya boleh membeli lauk.

Itulah cara menjimatkan perbelanjaan kami

“Kami tidak mempunyai pendapatan lain dan hanya bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM300 sebulan,” katanya ketika ditemui hari ini.

Siti Mariani berkata, dua anaknya masih bersekolah dan dia terpaksa berjimat cermat kerana bimbang kehabisan wang bantuan.

Lagipun, wabak C0vld-19 sudah masuk gelombang ketiga dan belum ada mendapat jaminan bila ia akan berakhir,” katanya.

Seorang suri, Siti Juriah Yusuf, 28, pula berkata, boleh dikatakan setiap pagi kawasan paya kampung itu menjadi tumpuan penduduk mengutip pucuk paku.

Dia berkata, kawasan yang ditumbuhi pucuk paku itu bukan boleh dikutip setiap hari di tempat sama tetapi perlu berbuat demikian antara tiga hingga empat hari sekali.

BACA :

Ini cara mudah dan jimat baiki pintu lipat yang rosak
Bayi 8 bulan maut terkena renjatan elektrik, terkunyah wayar charger
[VIDEO] Entiti hitam muncul dengan wajah bengis, peneroka gua dirasuk & mata terbeliak