‘Kelmarin sis tengok movie Ibu Mertuaku. Rupa-rupanya P. Ramlee dah lama pesan…’

Kelmarin sis tengok movie P.Ramlee, Ibu Mertuaku.

Sejak dari sis kecik orang menyalahkan nyonya mansur yang hanya memilih pangkat dan darjat untuk jadi menantu dia. Tapi bila dah besar ni rupanya bukan totally salah nyonya mansur.

Salah Kasim Selamat yg tak nak mengubah hidup. Tak mahu ikhtiar cari kerja halal selain bermain alat muzik.

'Kelmarin sis tengok movie Ibu Mertuaku. Rupa-rupanya P. Ramlee dah lama pesan...'

Dah di beri izin kawen dengan anak orang kaya tanpa keluar se sen duit pun. Di beri 5 ribu oleh mertua dia untuk ubah hidup tapi kasim buat apa? Joli sana sini sampai sabariah merempat duduk bawah rumah macam reban ayam.

Masa sabariah telegram mak dia suruh ambik tu, korang perasan tak mertua dia cakap,

“Syukur, kau sekarang baru jadi manusia kassim. Mak lagi suka kau kerja begini dari jadi tukang muzik”

Sebenarnya nyonya mansur suruh kasim kerja apa pun boleh cuma jgn jadi ahli muzik. Barangkali untuk mengelakkan maksiat. Mabuk2 di nightclub. Kan? Nanti rumah tangga anak dia yg porak peranda. Mak mertua dia dah siap fikir semua tu.

5 ribu zaman P. Ramlee macam 50 ribu zaman madani. Boleh je kasim selamat nak meniaga jual buah ke jual sayur tapi tak. Kasim enjoy. Terus duduk hotel. Bini dah mengandung, duit dah habis, baru teragak nak keje angkat simen.

Kita tak boleh nak salahkan nyonya mansur ambik balik sabariah dan cucu dia sebab dia tengok kasim selamat tak mampu nak bagi kebahagiaan apetah lagi kemewahan pada anak dan cucu nya, Tajuddin.

Salahnya dia tipu Kasim kata Sabariah dah meninggal dan tipu Sabariah kata Kasim dah taknak ambil tahu hal mereka dua beranak.

Pemahaman kita memang berbeza beza. Boleh jadi sesuatu perkara tu kita sependapat. Tapi adakala pendapat orang lain pun boleh di guna pakai juga. Jangan kita je rasa kita betul. Jangan tengok dari 1 sudut sahaja. Tengk dari pelbagai sudut.

Entahlah.

Saja je sis nak mengarang pagi ni. Lama rasanya tak menaip panjang.

BACA :

‘Aku jadi nak marah bila isteri nak bermanja, aku suami tapi aku juga ‘isteri’
‘Peniaga air paling bijak aku jumpa setakat ni.. Patutlah air senang penuh’
‘Siapapun anda jika kita bertanggung jawab untuk salurkan zakat dan bantuan, permudahkanlah’